,
Filem

"Komunikasi & Berbuat Baik" - Ini Antara Pengajaran & Nilai Positif Dalam Filam Saka Nan Sepi

Zulaikha Yusof
13/12/2020
07:30 MYT
Filem Saka Nan Sepi terus mendapat respons positif dalam kalangan penonton yang sudah menyaksikannya.
Diarahkan oleh pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman, Saka Nan Sepi menjanjikan elemen komedi dan seram.
Bagi yang sudah menonton semestinya memperoleh pelbagai pengajaran daripada watak dan jalan cerita yang ditampilkan.
Berikut empat pengajaran dan elemen positif yang diselitkan dalam filem Saka Nan Sepi:
1. Kekeluargaan
Walaupun Saka Nan Sepi merupakan filem komedi seram tetapi dalam masa sama mengetengahkan harga sebuah keluarga.
Betapa pentingnya keluarga dalam diri kita. Kita akan lebih menghargai hubungan antara sesama ahli keluarga selepas menonton.
2. Komunikasi
Ini kunci yang penting.
Dengan berkomunikasi, kita dapat mengeratkan dan memperbaiki hubungan sesama insan.
3. Agama
Agama adalah segalanya bagi kehidupan manusia, kerana agama adalah tiang di dunia.
Dalam Saka Nan Sepi ada babak yang mengingatkan kita semua untuk mendirikan solat.
4. Berbuat Baik
Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala.
Oleh sebab itu, kita kena menjadi insan yang baik tidak kira dengan siapa ataupun berbeza umur.
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).
BACA: Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama
Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
BACA: "Setengah Jam Tengok Aku Gelak Ja" - Penuh Babak Kelakar, Penonton Suka Layan Filem Saka Nan Sepi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Wicked Part 1

gempak
13/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Wicked Part 1
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Gladiator II

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Gladiator II?
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Home Sweet Loan

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Home Sweet Loan?
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

gempak
06/11/2024
04:55 MYT
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.
Unitar