Pelakon Elfira Loy gembira berkongsi tentang perkembangan terbaharu anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf yang sudah mula berjalan diusia setahun.

Menurut Elfira, anaknya sudah mula berjalan sejak beberapa bulan yang lalu.

“Lupa pulak nak kongsi, ini adalah beberapa bulan yang lalu ketika Rayyan mula ambil his baby steps,” katanya.

Elfira berkongsi perkara tersebyt di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Elfira memuat naik video momen anaknya berjalan itu di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji aksi comel Rayyan ketika bertateh.

“Handsome boy sangat lah,” puji salah seorang warga maya.

“Pandai pula dia tepuk tangan tu,” kata salah seorang netizen

“Comel sangat ni, eee geramnya!” kata salah seorang pengikutnya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Kahirol Anuar pada 1 Januari 2019.

A post shared by @elfiraloy