Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

Asyikin Mayudin
11/09/2024 03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok Fify Azmi memperlihatkan momen-momen romantik aktres itu dengan aktor Niezam Zaidi menarik perhatian netizen.

Seperti pasangan bercinta

Menerusi video yang dikongsikan, Fify dan Niezam kelihatan seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.

“Just two of us (hanya kita berdua),” tulis Fify di kapsyen perkongsian itu secara ringkas.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja melihat kemesraan mereka berdua malah ada antara mereka juga menganggap aktres itu berjaya mencuri hati aktor kesayangan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”

ARITKEL BERKAITAN: Hasrat Nafiez Zaidi Nak Peristerikan Fify Azmi Tidak Kesampaian - “Dah Cuba Pertahankan Tapi Dia Berkeras Untuk berpisah”

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Muka Ada Iras, Sesuai Sangat Dua Orang Ni” - Zara Zya & Niezam Zaidi Jadi Perhatian, Ramai Doa Semoga Berjodoh

“Unexpected (tidak dijangkakan), tapi comel. Semoga berbahagia.

“Dia dapat ‘crush childhood’ kita semua guys.

“Omg. Ada dua manusia yang dilukai disatukan. Hopefully happy ending,” komen netizen.

Malah, Fify turut membalas salah satu komen yang mengatakan dia gemar memilih lelaki yang nakal atau ‘bad boy’.

Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun ini memberitahu Niezam bukan seperti itu sebaliknya aktor itu adalah seorang lelaki yang baik untuknya.

‘He’s not a bad boy. He is a good man now. My good man. Insya-Allah. (Dia bukan lelaki yang nakal. Dia seorang lelaki yang baik sekarang. Saya punya lelaki baik),” balas Fify.

Bagaimanapun, Gempak masih mencuba untuk mendapatkan Fify bagi mengesahkan hubungan sebenar dia dan Niezam.

#pelakon #Kekasih #Fify Azmi #Niezam Zaidi #Fify bercinta #Niezam Fify