Menjelang sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, pelakon, pelawak dan pengacara, Sherry Alhadad mengajak orang ramai untuk berkongsi senyuman.

Biarpun ada yang berjauhan dengan orang tersayang kerana bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang untuk kita terus mengeratkan jalinan.



Sherry merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.

Selain Sherry, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E.



Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.

Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.

Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!

Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!

Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.

Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!