Pelakon Mimi Lana menzahirkan rasa syukur apabila majlis pertunangannya dengan aktor Syafiq Kyle berlangsung dengan lancar.

Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, percaya selebihnya ia perancangan dari Maha Hebat.

"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas segala doa doa yang baik dari kalian. I am so humbled by your kind words.

"90% adalah perancangan Allah, hanya 10% yang datang dari saya. Segala yang terlihat berlangsung beyond my expectations," katanya.

Mimi berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video sewaktu ke kursus perkahwinan.

Berkongsi mengenai impian perkahwinan, Mimi akui mahu bersederhana asalkan ia direstui oleh semua terutama keluarga.

"Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua disekeliling merestui dengan mudah.

"Selama 27 tahun saya, ini pertama kali saya rasa sangat sangat disayangi Oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya," kongsinya lagi.

Sabtu lalu, Mimi dan Syafiq menerusi Instagram masing-masing berkongsi foto menunjukkan momen jari manis dramatis itu disarung cincin.

Perkongsian tersebut sekali gus seakan memberi bayangan bahawa mereka sudah mengikat tali pertunangan selepas beberapa tahun bercinta.

Syafiq sebelum ini mengesahkan kepada media dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

A post shared by MIMS (@missmimilana)