Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

Asyikin Mayudin
05/08/2024 08:55 MYT
Bagai kembali ke terowong masa, gemaan sorakan peminat memenuhi dewan Mega Star Arena KL, Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga jam konsert ByAjai & Mega Friends berlangsung pada malam Sabtu.

35 Tahun Dalam Industri

Lengkap dengan senjata seleksi malar segar, komposer, penerbit, pemuzik dan penyanyi Ajai membuka tirai konsert dengan menceritakan perjalanannya selama 35 tahun dalam industri muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Enggan Jadi Hipokrit, Nafi Badan Kurus Sebab Ambil Barangan Terlarang - “Saya Akui, Sepanjang Jadi Artis Saya Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sorakan & ‘Standing Ovation’ Tanda Sokongan Untuk Hafiz Suip, Ajai Sempat Titipkan Pesanan - “Jangan Tinggalkan Industri Seni Sebab…”

Selain kemunculan penyanyi Hafiz Suip, penyanyi Illa Sabry yang tampil menyanyikan lagu ‘Keranamu Kekasih’ turut mencuri perhatian hampir 4,000 penonton.

Mahu tampil kelainan dengan menampilkan artis jemputan menyanyikan karya-karyanya, Ajai memberitahu pemilihan lagu pada malam konsert itu juga berdasarkan permintaan peminat.

Permintaan Peminat

“Illa Sabry, saya dapat permintaan daripada peminat luar. Sebenarnya saya tengok pendengar juga, siapa tengok vote siapa paling tinggi… Keranamu Kekasih lonjak, yang kedua Biar Sampai Ke Bintang, ketiga Pelita Bawah Purnama.

“Tapi saya tak dapat cari Erema… usaha ada, dia di Sarawak. Cuma saya tak dapat jumpa dia. Mungkin Insya-Allah, ada 2.0. Kenapa saya tak jemput Asmindar… saya memang nak kan kelainan.

“Macam Datin Alyah juga, saya tak panggil dia tapi mungkin akan ada benda lain nanti,” kata Ajai kepada Gempak.

Apabila ditanya mengenai pemilihan dua buah lagu sahaja untuk artis jemputan, Ajai berkata ia berdasarkan nilai bayaran setiap penyanyi.

Nilai Bayaran

“Rate mereka… diorang pun ada rate, walaupun saya ini abang mereka, yang naikkan mereka tapi apabila dah dikenali, saya kena hormat harga mereka. Ini bukan kerana abang datang.

“Abang, abang juga tapi kena profesional. Saya harus ikut rate mereka. Kalau rate mereka melebihi bajet saya, tak boleh juga. Alhamdulillah, penuh… ini adalah percubaan yang pertama.

“Insya-Allah mungkin lepas ini boleh la saya yakin untuk tiga dan empat lagu bila saya dah nampak penonton,” ujarnya.

Selain Hafiz dan Illa, empat lagi artis jemputan iaitu Dayang Nurfaizah, Aufahanie, Hazama dan Aina Abdul memeriahkan lagi konsert itu.

Konsert itu juga dimeriahkan dengan 18 buah lagu antaranya Semua Orang Tahu, Aku Lebih Tahu, Percayalah, Saat Hilang Cintamu, Keliru, Lagu Rindu, Juwita, Amaran Mama dan Keranamu Kekasih.

Manakala untuk sesi kedua pula, Biar Sampai Ke Bintang, Hati Ini Telah Dilukai, Selagi Ada Cinta, Aku Cinta Aku Rindu, Ku Akui, Tak Mungkin Kerana Sayang, Kesetiaan, Seandainya Masih Ada Cinta dan Kau Kekasihku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Minta Doakan Yang Terbaik Buat Hafiz Suip – “Saya Rasa Dia Takkan Hilang Dalam Industri, Rugi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

#Hafiz Suip #Dayang Nurfaizah #Hazama #Aina Abdul #Aufahanie #Illa Sabry #Konsert Ajai #Konsert ByAjai & Mega Friends