Laman Utama

Konsert Makin Meriah! Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini

Amri Hassan
25/08/2022
10:53 MYT
Penantian yang berbaloi. Rizky Febian buat perdana kali akan memperdengarkan karyanya secara langsung di Malaysia.
Dibawakan oleh The Jay Events & Media, konsert solo ini diberi judul Rizky Febian Live In Kuala Lumpur. Ia dijadual berlangsung pada 20 Oktober 2022, Khamis di lokasi paling hangat masa kini, Zepp Kuala Lumpur.
Sebagai pemuzik dan penulis karya miliknya, pasti peminat tidak sabar untuk bertentang mata sekaligus menikmati merdu lantunan vokal Rizky lewat tembang hit penyanyi berusia 24 tahun ini.
Bayangkan Kesempurnaan Cinta yang menjadi hit pertamanya pada tahun 2015 akan didendangkan bersama untaian lagu lainnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek.
Rizky juga baru menawan peminatnya lewat lagu Salah yang pernah menjadi sebahagian dari karya masterpiece Melly Goeslaw dan dijangka akan mendendangkan lagu tersebut dalam konsert sulungnya di negara kita.
Dengan lebih 25 buah lagu solo termasuk duet yang pernah dirilis, dan memenangkan banyak anugerah baik di Indonesia mahupun Asia, kedatangan pemilik lebih 13 juta pengikut di platform Instagram ini pasti akan memberi kepuasan kepada peminat.
“Kami melihat adalah penting untuk membawa pemenang Best Asian Artist Indonesia di MAMA Award 2020 ini ke Malaysia kerana dia mempunyai banyak peminat di sini.
“Selain itu segudang pencapaian yang dicetaknya sejak tahun 2015 sehingga perlu melalui musim pandemik tetapi masih mampu berkarya membuatkan pihak kami percaya Rizky Febian akan memberikan yang terbaik buat peminat yang telah lama ingin bertentang mata dan menyanyi secara langsung bersama sama,” ujar Pengurus The Jay Events & Media, Shafik Jay.
Tiket dengan harga bermula RM259 untuk zon Ragu (Normal seat) dan Terlukis Indah (free standing) , RM309 untuk Makna Cinta (premium seat) serta tiket berharga RM2500 (maksimum 5 orang) dalam zon khas bagi sesi VIP- Meet & Greet bersama Rizky Febian. Pembelian tiket boleh dibeli di https://www.myticket.asia/.
Rizky Febian Live In Kuala Lumpur juga menerima kolaborasi daripada Zepp Kl dan My Ticket Asia.
INFO RIZKY FEBIAN LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh. : 20 Oktober 2022, Khamis Masa. : 8.30 malam Lokasi. : Zepp Kuala Lumpur Penganjur : The Jay Events & Media Harga Tiket : RM259 - zon Ragu (normal Seat) & zon Terlukis Indah (free standing) RM309 - zon Makna Cinta (premium seat) RM 2500- VIP - Meet and greet – max 5 pax
Website pembelian tiket: https://www.myticket.asia/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT