Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kontraktor Umur 51 Tahun Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Motosikal Negara Elly Idzlianizar

Gempak
23/09/2024 08:30 MYT
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias, 10 September lalu.

Berdepan Hukuman Mati

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ibrahim tidak dapat mengingati nombor kad pengenalannya sehingga terpaksa dibacakan oleh polis mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, antara 10.30 malam 10 September lalu hingga 12.01 tengah malam, 11 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan sekiranya tidak dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Po'ad manakala tertuduh diwakili peguam Tan Yeng Sing.

Nabilah meminta mahkamah menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik, bedah siasat dan kimia selain meminta mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dikeluarkan disebabkan kes berkenaan tidak boleh diikat jamin.

Dalam masa yang sama juga, Yeng Sing tetap mahu mahkamah sekurang-kurangnya memberikan satu jaminan kepada anak guamnya memandangkan anak guamnya itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

BERITA TRENDING: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

BERITA TRENDING: Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

BERITA TRENDING: Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

Selain itu juga, anak guamnya itu mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis dan penyakit darah tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember hadapan.

Sementara di luar mahkamah, Yeng Sing berkata, dua lagi suspek termasuk seorang lagi anak guamnya yang berusia 31 tahun dijadikan saksi pertuduhan dalam kes itu.

Sumber: Harian Metro

#Berita #Bunuh #Jenayah #Kontraktor #Elly Idzlianizar #Pelumba Motosikal
;