Drama terbaru lakonan Lee Min Ho, The King: Eternal Monarch menjadi kontroversi apabila ada pelakon disingkirkan tanpa notis hanya kerana pertukaran skrip.

Menurut laporan eksklusof Market News, pihak produksi drama berkenaan gagal menunaikan janji mereka terhadap pelakon yang sepatutnya membintangi drama tersebut.

Difahamkan pembabitan pelakon itu disingkirkan tanpa sebarang perbincangan, sebaliknya pihak produksi memilih untuk menyingkirkannya tanpa notis.

Bagaimanapun alasan yang diberikan oleh pihak produksi adalah disebabkan terdapat pertukaran skrip dan pelakon juga harus ditukar.

Kejadian itu menyebabkan kerugian kepada pelakon tersebut kerana dia telah menolak tawaran lain untuk memberikan fokus terhadap drama yang sepatutnya dibintangi olehnya.

The King: Eternal Monarch dijadualkan bertemu penonton pada 17 April depan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Koreaboo