Laman Utama

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak

Mya Amri
27/02/2021
12:50 MYT
Pelawak dan penyampai radio Issey bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Issey berkongsi berita gembira itu menerusi video terbaharu di akaun YouTube miliknya semalam.
Video itu merakamkan gelagat Issey yang gembira dan tidak sabar untuk mengumumkan perkara itu di hadapan anak-anaknya.
“Korang semua akan dapat adik, mama mengandung,” ujarnya.
Malah Issey juga siap menolak ‘stroller’ sebagai petanda menerima ‘orang baharu’ dalam kehidupan mereka.
Namun lain pula jadinya apabila anak-anaknya tidak memberikan reaksi yang sepatutnya, sebaliknya ada momen ‘krik krik’ buat seketika.
Sebaik melihat kejadian itu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Jamel tersipu malu dan tidak dapat menahan ketawa.
“Apesal aku yang gembira je? Hey tak gembira ke? Hey kenapa tak happy korang akan dapat adik ni,” katanya sambil ketawa.
Namun jangan salah faham, mereka cuma ingin mengenakan Issey sahaja. Selepas dua tiga kali ditanya soalan sama, akhirnya anak-anak Issey tersenyum malu-malu.
Issey telah mendirikan rumah tangga bersama Aimi pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal.
Hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Aimi dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Uqashah, 10, Muhammad Qayyum, 9 dan Cataleya Umairah, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Bakal Bergelar Bapa, Da'i Syed Mahu Tukar Imej Bersesuaian - “Saya Berniat Potong Rambut…”

gempak
22/07/2024
01:02 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung dan sekaligus memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

gempak
20/07/2024
00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Hiburan

Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

gempak
18/07/2024
21:55 MYT
Pelakon Intan Najuwa memahami kebimbangan segelintir netizen mengenai perkongsian tentang kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.