Nampaknya, polemik antara Lufya Omar dan bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz serta pelakon Julia Farhana masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.
Dalam sesi siaran langsung yang diterbitkan oleh Lufya di akaun Instagram miliknya, wanita itu menafikan ada rasa cemburu terhadap perhubungan cinta antara bekas suami dan dramatis berkenaan yang dikhabarkan bakal berakhir di pelaminan tidak lama lagi.
Lufya berkata, dia kasihan terhadap Julia yang dirasakannya masih mentah dan belum lagi merasai fasa bergelar isteri serta ibu.
“Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan budak itu (Julia).
“Dia masih muda… orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu.
Mungkin saya rasa dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir. Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa it’s imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap,” katanya.
Lutfyah kemudian menambah, dia telah menyekat Julia di aplikasi WhatsApp memandangkan tiada keperluan untuk campur tangan daripada orang luar.
“Sensitif isu ini... Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak. Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia!
“Saya block awak sebab awak tak ikhlas. Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz.
“Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat. Kemudian, awak ada cakap nak chip in. Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.
“Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya berbuat demikian demi menuntut hak anak tunggalnya bukan untuk isi perut sendiri.
“Saya gaduh bukan untuk saya, untuk Haura! Benda jadi isu bila ada orang luar masuk campur,” katanya.
Lufya mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi
Izwan Isa
Thu Nov 17 2022
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.