Viral

Koronavirus: "Keseluruhan Tujuh Kes Positif Di Malaysia" - KKM

gempak
Zulaikha Yusof
29/01/2020
01:06 MYT
Sponsor Banner
Koronavirus: "Keseluruhan Tujuh Kes Positif Di Malaysia" - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.
Menurut laporan Astro Awani, kesemua kes positif terdiri daripada warganegara China.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.
Kes terbaharu jangkitan novel koronavirus melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Manakala satu lagi kes positif koronavirus dicatatkan di Hospital Sungai Buloh, di mana mangsa merupakan menantu perempuan kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura.
Mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang menerima rawatan di wad pengasingan hospital berkenaan sebelum disahkan positif koronavirus.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media, awal pagi Rabu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live