Berita

Koronavirus: Pulang Dari China, Seorang Rakyat Malaysia Diasingkan Di Hospital Kuala Lumpur

gempak
ZULHILMI JALIL
25/01/2020
07:22 MYT
Sponsor Banner
Koronavirus: Pulang Dari China, Seorang Rakyat Malaysia Diasingkan Di Hospital Kuala Lumpur
Ekoran wabak koronavirus, seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China terpaksa diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pemantauan lanjut.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa merupakan antara 11 yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China awal pagi tadi.
Katanya, mangsa terpaksa diasingkan di hospital berkenaan sementara menunggu keputusan lanjut diperoleh.
"Daripada 11 yang menjalani ujian pengesanan itu, keputusan seorang lagi masih belum selesai atau diperoleh.
"Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia, dua dari China dan seorang Jordan. Keputusan seorang yang belum diketahui itu adalah rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas yang diadakan di kementeriannya hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, mana-mana pihak khususnya yang baru pulang bercuti dari China dinasihatkan untuk segera menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya tidak sihat.
"Jika ada masalah kesihatan khususnya bagi mereka yang baru pulang Wuhan, China kita nasihatkan segera jalani pemeriksaan," katanya.
Beliau turut menasihatkan rakyat di negara ini untuk menangguhkan sebarang lawatan atau percutian ke Wuhan, China bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024