,
Berita

Kos Tajaan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Hampir RM500,000

Gempak
09/07/2024
08:25 MYT
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.

Hanya 16 peratus daripada jumlah keseluruhan kos

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata bagaimanapun kerajaan negeri hanya membelanjakan RM77,850 atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan kos itu manakala selebihnya ditanggung oleh beberapa syarikat swasta lain.
"Kos RM77,850 itu hanya merangkumi kos promosi dan penganjuran program di Melaka manakala RM420,497 pula ditaja oleh beberapa syarikat swasta yang merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, kos perkhidmatan profesional dan pemetaan projektor di Encore Melaka," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

ARTIKEL TRENDING: Kenang Memori Nenek Anggun Berkebaya, Ini Cerita Di Sebalik Rekaan Kebaya Fan Bingbing Di Melaka!

ARTIKEL TRENDING: Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

​ARTIKEL TRENDING: Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Beliau menjawab soalan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang ingin tahu kos dikeluarkan kerajaan negeri dalam melantik Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.
Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Aleef tentang pulangan diterima kerajaan negeri, Abdul Razak berkata ia akan dibentangkan selepas kempen TMM2024 berakhir pada 31 Dis ini.

"Tentang pulangan, satu daripada pulangan yang kita nampak secara tak langsung ialah dari segi carian menerusi media sosialnya, Fan Bingbing ada 26 juta pengikut.

"Hampir 1.2 bilion carian mengenai Fan Bingbing sepanjang tiga hari beliau berada di Melaka dan carian untuk Melaka sahaja mencecah 445 juta. Ini satu pulangan yang tinggi kepada kerajaan negeri dengan kos yang rendah.
"Selain itu, Melaka akan menerima enam penerbangan antarabangsa sehari dari China yang akan berkunjung ke negeri ini pada September dan Oktober depan," katanya.
Fan, yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Berita

Hujan Sejak Pagi, Empat Kawasan Di Masjid Tanah Dilanda Banjir Kilat

gempak
11/08/2024
11:25 MYT
Empat kawasan di Masjid Tanah, Alor Gajah iaitu Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.
Viral

Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!

gempak
08/08/2024
20:20 MYT
Tindakan kejam seorang lelaki menghempuk kepala ibu kandungnya dengan topi keledar, berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis.