Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.

Fan Bingbing ada pengaruh besar

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ini kerana selebriti itu mempunyai pengaruh besar dalam media sosial dan mampu memanfaatkan platform berkenaan untuk mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

"Saya mendengar, meneliti cadangan dan komen daripada netizen berkaitan pelantikannya tetapi saya ingin maklumkan bahawa kehadiran Fan Bingbing memberi impak lebih besar pada sektor pelancongan negeri ke peringkat bertaraf dunia.

"Kerajaan negeri juga tidak mengeluarkan belanja yang besar bagi pelantikannya, sebaliknya kita hanya menguruskan aspek logistik kerana tiket penerbangannya juga ditaja oleh sebuah syarikat tempatan selain pengurus antarabangsanya merupakan anak tempatan dan faktor ini memudahkan usaha yang dilakukan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Menurut Ab Rauf majlis pelantikan Fan Bingbing sebagai duta akan diadakan secara rasmi pada 15 Jun ini di Encore Melaka.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…

Fan Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.

Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…

Pada 2017, Fan Bingbing menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.

Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…

Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri sentiasa menyambut baik pelaksanaan program yang menjurus kepada pemerkasaan tradisi seperti Perarakan Perahu Naga Melaka yang merupakan perayaan tradisional kaum Cina sempena Pesta Duanwu.

Berita Trending:Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik-…

Beliau berkata menerusi inisiatif itu, acara dan aset warisan dapat diperkenalkan kepada setiap lapisan generasi.

Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

Sebanyak 13 pasukan melibatkan 150 peserta dari seluruh negara menyertai perarakan itu di Sungai Melaka yang berlangsung semalam dan hari ini.

Sumber: Bernama menerusi Awani