Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.
Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik dalam akaun media sosial bintang seni dan ahli politik itu, Krisdayanti dilihat sedang mendukung dan bermain dengan cucu perempuannya.
Dia kemudian dilihat memegang anak kepada pasangan YouTuber terkenal Atta Halilintar dan puterinya, Aurel Hermansyah, Ameena, secara satu tangan. Sebelah tangannya pula nampak sedang mencedok air kopi dengan sudu.
Terdengar suara seseorang berkata: “Ada yang tunggu kopi ni.”
Krisdayanti kemudian dilihat memberi Ameena kopi dua kali dengan menggunakan sudu yang sama, sementara cucunya kelihatan menikmati rasa air tersebut.
Isteri kepada Raul Lemos itu juga didengar memuji cucunya dengan berkata: “Mantap bos, hebat bos.
Sementera pada kapsyennya, Krisdayanti menyatakan tidak sabar menunggu Ameena besar.
“Good morning selamat masuk bulannya Ameena yaaaa. Sebentar lagi tak terasa menunggu dia bisa lari kejar Gemmi, yaAllahhh doyan (ketagih) kopi seperti Gemmi.
"Semoga kelak pandai menyenangkan hati semua yang sudah cinta dan doa buat Ameena yaaa. Semangat Ameena," tulis Krisdayanti.
Ameena baru berusia 11 bulan dan satu tahun pada 22 Februari 2023 ini.
Tindakan Krisdayanti memberi kopi kepada cucunya telah menuai beragam komen dalam kalangan warganet.
Meski ada yang mengatakan ‘tidak apa apa’ atau tindakan penyanyi itu okay kerana memperkenalkan rasa yang pelbagai kepada Ameena, tak kurang yang membantah kerana bimbang mengenai kesihatan bayi tersebut.
Kopi mungkin akan memberi kesegaran jika diambil oleh golongan dewasa, tetapi memberi impak yang berbeza terhadap tubuh badan seorang bayi yang baru berusia beberapa bulan.
Menurut laman web Healthline, fungsi organ hati dan buah pinggang bayi belum mampu bekerja secara sempurna.
Maliah Surip
Sun Feb 05 2023


"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!
Hebat!

Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq

“Saya Mahu Berjumpa, Tapi Dia Tolak” - Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof
Semoga dipermudahkan

Keluarga Reda… Abang Stacy Meninggal Dunia
Takziah buat keluarga Stacy...

Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...