Berita baik bagi semua peminat muzik pop! Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
Dipersembahkan dengan kerjasama Stance Camp, sebuah komuniti peminat automotif dan pengembaraan luar, pertunjukan percuma ini menjanjikan persembahan yang menakjubkan oleh Masdo.
Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman glamping dan banyak lagi.
Masdo, yang terdiri daripada Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri adalah nama terkenal dalam dunia muzik tempatan sejak penubuhannya pada tahun 2015.
Menerusi muzik unik mereka, kumpulan ini telah mendapat sanjungan meluas dan ini terbukti melalui lagu hit bertajuk "Dinda" yang mempunyai hampir 45 juta strim di Spotify. Ini mengukuhkan lagi status mereka sebagai sensasi muzik terkini.
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa kumpulan ini pula melangkaui sempadan dengn persembahan yang berjaya di negara China dan Indonesia.
Dianjurkan dengan bangganya oleh Resorts World Awana, konsert percuma julung-julung kali ini adalah tanda penghargaan kepada ahli GRC kami yang setia.
Pendaftaran untuk pertunjukan ini akan dibuka pada 25 April 2024 di rwgenting.com dengan tiket terhad untuk dituntut.
Bagi ahli bukan GRC pula, jangan lepaskan peluang untuk merebut pelbagai ganjaran yang lebih menarik dengan mendaftar keahlian GRC anda serta dapat bersama dengan Masdo pada malam istimewa nanti.
Harap maklum bahawa bagi mereka yang tidak berdaftar atau “walk-in” tidak akan dilayan pada hari persembahan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu supaya tidak terlepas peluang ini.
Untuk menyerikan lagi pengalaman konsert ini, Resorts World Awana menawarkan pakej bilik yang eksklusif bagi memastikan keselesaan para pengunjung sebelum, semasa dan selepas waktu persembahan.
Bermula dari RM315 untuk dua orang, tetamu dapat menikmati penginapan satu malam dan akses ke zon VIP berhadapan dengan pentas konsert.
Dari harga RM505, tetamu akan mendapat sesi “Meet & Greet” khas bersama Masdo secara peribadi, diiringi dengan makan malam ringan di Ayu Awana selepas persembahan.
Selain itu, sarapan percuma di Jom Makan Awana ditawarkan untuk tetamu bilik Superior Deluxe dan tetamu yang menginap di Club Suite dan Executive Suite akan mempunyai akses ke Lounge Hospitaliti.
Pengunjung juga boleh menikmati menu bertemakan Masdo yang disajikan khas, dengan penampilan hidangan yang lazat seperti "Bunga Burger", "Burger Kasih & Sayang" dan "Burger Kegemaran Ali" yang menampilkan daging lembu, kambing dan patty ayam, berharga antara RM40 hingga RM55.
Acara “Under the Stars x Stance Camp x Masdo” merupakan sebuah ekstravaganza yang akan berlanjut selama tiga hari berturut-turut, dari 24 hingga 26 Mei 2024, dan pastinya merupakan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan serta dipenuhi dengan keseronokan dan hiburan.
Untuk maklumat lanjut, layari UNDER THE STARS x STANCE CAMP X MASDO | Resorts World Genting (rwgenting.com) atau saluran media sosial rasmi kami.
Amri Hassan
Tue May 07 2024
Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”
Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”
Pempengaruh Leona Azhar mendedahkan yang dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di United Kingdom berdekatan dengan universiti tempat dia belajar.
Benarkah Penantian Siksa Kubur Sudah Berakhir?
Persoalan peminat di Malaysia untuk tarikh tayangan filem terbaru Joko Anwar, Siksa Kubur (yang diubah tajuk menjadi Siksa) kini terjawab.
Genap 51 Tahun Dijemput Ilahi, Ini Karya Agung Tan Sri P Ramlee Yang ‘Mendunia’
Tanggal 29 Mei akan selalu dikenang sebagai tarikh berpulangnya figura seni Allahyarham P Ramlee yang sudah mengharumkan nama Malaysia di dunia.
Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”
Seorang wanita tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya pernah ada hubungan cinta bersama pempengaruh islamik, Qawiyaro atau Qawiy.
Netizen Terhibur Tengok Harga Kari Kepala Ikan Tak Masuk Akal - “Ikan Tangkap Dari Alam Sebalik Mata Ke?”
Seorang pengguna aplikasi X memuat naik satu hantaran tentang harga kari kepala ikan yang dijual dengan harga ‘kayangan’ di sebuah restoran.
Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Dakwa Diberi Layanan Buruk, Netizen Bidas Kehendak Pesakit Warga Asing
Seorang pengguna platform X menzahirkan rasa kurang senang apabila seorang individu warga asing mendakwa menerima layanan kurang baik daripada petugas kesihatan di sebuah hospital negara ini.
Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”
Perkongsian gambar ‘tayang badan’ yang dibuat pelakon, Meerqeen berjaya meraih perhatian ramai baru-baru ini.