Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kugiran Masdo Sekali Lagi Cipta Sejarah, Tercalon Dalam Kategori Best Asia ACT Di MTV EMA - “Kami Sememangnya Mencari…”

Ainun
10/10/2024 02:55 MYT
Lagi sekali, kumpulan pop popular Malaysia iaitu Kugiran Masdo mencipta sejarah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di Anugerah MTV EMA 2024 di Manchester, England pada 11 November ini.

Tak menjangkakan pencalonan tersebut, vokalis utamanya, Ali Sariah, 32, berkata mereka menganggap ia satu penghargaan terbesar sepanjang penglibatan dalam dunia seni.

”Perasaan semestinya berbaur terharu, bangga, tak percaya dan pelbagai.

“Sebab tak pernah terfikir untuk tercalon dalam anugerah antarabangsa dan boleh dikatakan ini perhargaan diperingkat tertinggi sepanjang penglibatan Masdo dalam karier,” katanya kepada Gempak.


Kumpulan yang terkenal dengan lagu Janji Manis itu turut berkongsi mereka menerima reaksi positif daripada orang sekeliling selepas tercalon dalam kategori tersebut.

“Reaksi orang sekeliling sangat positif, daripada sahabat dan kenalan artis semua beri sokongan di semua media platform mereka. Kami tak ada strategi khusus, biarlah ianya secara ‘organik’,” kongsinya.

A post shared by MASDO (@kugiranmasdo)

Titik permulaan kerjaya di peringat antarabangsa


Pada masa yang sama, Ali turut menganggap ia akan menjadi peluang untuk kumpulannya melangkah ke peringkat lebih jauh jika kemenangan berpihak pada mereka.

“Kami semenangnya mencari ruang dan peluang untuk ke peringkat antarabangsa, jadi mungkin kalau kami memenangi anugerah tersebut menjadi salah satu batu loncatan buat kami untuk tujuan itu,” jelasnya.

Vokalis kumpulan itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kumpulan itu dan menganggap segala pencapaian yang diraih oleh Masdo adalah hasil sokongan peminat mereka

“Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong Masdo dari awal penubuhan sehingga ke hari ini. Kami amat menghargai segala sokongan yang diberikan.

“Tanpa mereka kami pon tak sampai ke tahap ini. Mereka telah menjadi sebahagian dalam perjalanan Masdo dan kalau kalah atau menang mereka senantiasa ada dibelakang,” katanya.

BERITA TRENDING: Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

BERITA TRENDING: Akui Isu Duit Antara Punca Masalah Utama Band Muzik, Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Ketelusan Amat Penting Kerana…”

BERITA TRENDING: 5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

BERITA TRENDING: Hampir 10 Tahun Dalam Industri, Kugiran Masdo Kongsi Cabaran Sepanjang Bergelar Anak Seni - “Kena Tipu...Orang Tak Percaya Karya...”


Untuk maklumat, Anugerah Muzik Eropah MTV atau dikenali sebagai MTV EMA adalah anugerah yang diberikan oleh Paramount International Networks untuk menghargai artis dan muzik dalam budaya pop.

Anugerah ini diwujudkan sebagai alternatif kepada Anugerah Video Muzik MTV (MTV VMA).

Kumpulan Kugiran Masdo dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar).

#peminat #MTV #Kugiran Masdo #Masdo #Sejarah #Calon #EMA
;