Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Zul menerusi akaun Twitter miliknya berkongsi pengalaman mengerjakan haji dan juga keadaan terkini di Tanah Suci.

Menurut Zul, dia berasa puas meskipun berdepan dengan dugaan cuaca panas melampau di sana.

“Kulit satu badan terbakar, kulit tapak kaki koyak, Puas! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Salam Aidiladha daripada Mekah semua!” tulisnya.
Dalam pada itu, Zul juga memaklumkan dia telah selesai melakukan Wuquf di Arafah.

“Wuquf di Arafah, berbelas-belas kilometer kami berjalan kaki keluar dari kawasan maktab/khemah kami dan naik ke Jabal Rahmah.

“Berpuluh kali siram air botol kat kepala dan satu badan ketika jalan kaki, lapar, dahaga, terbakar, berjemur sakan. Alhamdulillah tersangat-sangat,” kongsinya.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)


ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berhijrah Ke Makkah, Zul Ariffin - "Saya Akan Menetap Di Sana Tetapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas, Suhu Cecah 45 Darjah Celcius, Ramai Doakan Ibadah Haji Zul Ariffin Dipermudahkan - “Alhamdulillah Rezeki Dia”

Terdahulu, Zul sebelum ini sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah sejak Ogos tahun lalu dan pernah dilaporkan, merancang untuk berhijrah ke Kota Mekah.