,
Hiburan

Kumpul Button Badge, Tercongok Depan TV Antara Memori Terindah Zaman Animasi Keluang Man! Pengarah; "Inilah Candu Nostalgia"

Ernalisa
16/09/2024
04:55 MYT
Dua dekad menjadi fenomena dalam kalangan peminat animasi tempatan, siri animasi popular Keluang Man yang akan diadaptasi dalam format filem kian dinantikan peminat tempatan.
Kata salah seorang peminat setia siri animasi itu, Nazirah Fadhlina Anuar, dia sudah tidak sabar menyaksikan penampilan Nas Muammar Zar Nasruddin menjayakan peranan ikonik itu.

BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Jadi Anak Seni, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif - "Saya Sedar Saya Kurang Bab Agama, Tapi ..."

BERITA BERKAITAN : Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

BERITA BERKAITAN : “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

Malah, Nazirah turut mengharapkan pelakon itu berjaya mengembalikan memori dan nostalgia zaman kanak-kanaknya.

"Saya membayangkan Nas-T dengan badan besarnya, tegap jadi Keluang Man dalam lakonannya di pawagam itu berjayalah bawa watak Borhan dengan baik. Memang tak sabar!

"Sebab kalau kita tengok dekat TV, watak Borhan itu memang menjadi sampaikan kadang-kadang kita zaman kanak-kanak masa tu boleh tiru action dia," katanya ditemui Gempak di forum Keluang Man di MYDCF 2024 pada Ahad.

Kumpul butang Keluang Man

Bagi Ahmad Iznan pula, filem terbitan Astro Shaw itu pasti akan memberikan pelbagai kejutan kepada peminat. Malah, sempat berkongsikan siri animasi itu kepada kedua-dua cahaya matanya yang sedang membesar ketika ini.

"Pada masa itu saya ingat lagi, kartun super hero di Malaysia ini terhad. Jadi bila ada kartun Keluang Man, saya boleh katakan memang waktu tu semua tertunggu-tunggu depan TV sebab nak tengok watak Keluang Man.

"Sampai satu tahap saya kumpul button Keluang Man, saya jadikan colection. Tahniah dan terima kasih sebab kembalikan memori kami pada zaman budak-budak," ringkasnya.

Candu nostalgia

Sementara itu, Pengarah & Penulis Filem Aksi Keluang Man/Penerbit Pasal Productions Sdn Bhd & Astro Shaw, Anwari Ashraf berkata, pemilihan Keluang Man dari animasi dan komik ke dunia filem aksi dilihat sebagai 'Candu Nostalgia'.

"Kenapa Keluang Man? Kerana bagi saya Keluang Man ini antara yang boleh diterjemahkan dan ditonton sehingga bila-bila.
"Satu punca yang saya selalu ambil ialah perasaan nostalgia itu dan bila kita cuba bawa diri kita balik saya rasa kita boleh explore rasa-rasa yang kita pernah lalui," katanya.
Filem Keluang Man terbitan Astro Shaw akan datang di pawagam pada tahun 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Berarak Dari LRT Dang Wangi, 100 Keluang Man Edar Wonda Kopi Kepada Peserta Keretapi Sarong 2024

gempak
15/09/2024
07:41 MYT
Meskipun sudah melabuhkan tirai untuk edisi ke-8, kemeriahan acara Keretapi Sarong 2024 masih lagi terasa.
Hiburan

Calon Wonda Coffee Keluang Man of the Month: Jom Kenali Sukarelawan Pemurah Hati, Saharuddin Amirullah

gempak
30/05/2024
13:09 MYT
Popular di TikTok, Saharuddin Amirullah merupakan pempengaruh dan pencipta kandungan yang sering membantu golongan yang memerlukan.
Artis Korea

[VIDEO] “Sebaknya Tengok… Patut Ramai Sayang” - Song Ji Hyo Guna Bahasa Isyarat, Layan Peminat OKU Dengan Ikhlas

gempak
19/03/2023
12:41 MYT
Bagusnya Song Ji Hyo ni.
Laman Utama

Riuh Bila Saiful Apek, Bell Ngasri & Man Raja Lawak Main ‘Game’ Dalam Mawi Jawi

gempak
04/01/2023
11:25 MYT
Meriah!
Artis Korea

#OhDaebak: Selamba Tuduh Guna Steroid, Hello! Dah 20 Tahun Kim Jong Kook Maintain Body Tegap! Nah Foto Bukti

gempak
07/11/2021
12:23 MYT
Kenapa nak tuduh Jong Kook ambil steroid pula, tiba-tiba je.