Hos dan pelawak, Datuk AC Mizal berkongsi foto throwback bersama anggota kumpulannya, 4U2C yang diambil sekitar tahun 1991.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut AC, 4U2C adalah kumpulan rap pertama di Malaysia ketika zaman awal kemunculan mereka dahulu.

"Kumpulan rap pertama di Malaysia pada tahun 1991," tulis AC.



Dalam pada itu, AC juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sehingga hari ini.

"Terima kasih semua kerana masih menyokong saya sehingga hari ini, tahun 2020," tulisnya lagi.

Entri itu mencuri perhatian para pengikut AC di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut mengimbas kembali kenangan zaman awal kemunculan kumpulan berkenaan.

hehehehhe first rap group in Malaysia in 1991...tq semua still support saya until today 2020!this is my group @official_4u2c cuba teka ituuuuu motor siapa?

A post shared by ✌️OfficiallyDATO AC MIzal IG™️ (@emyliadac) on


Seperti diketahui ramai, 4U2C sangat dikenali menerusi lagu popular nyanyian mereka iaitu Fiona.

Namun, jumlah anggota kumpulan ini tidak lagi sama seperti dahulu kerana One II atau nama sebenarnya, Nirwan Irwan telah meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.