Pengarah dan pelakon, Erma Fatima ditegur supaya menguruskan badannya selepas gara-gara cuba memandu sebuah kereta sport jenis Porshe.

Menurut Erma dia hanya mahu cuba pandu kereta tersebut dan tiada keinginan untuk memilikinya.

“Dah nampak macam poyo tak tentu hala tak? Ha..ha ha ha.. Aku tak pernah bermimpi apa lagi dalam senarai nak beli kereta ni. Beli kereta bukan hobi aku tapi ni saja nak ‘bakar’ kau orang..,” katanya.

Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video memandu kereta tersebut.

Rata-rata memberikan pendapat kereta itu tidak sesuai dengan Erma kerana badannya yang didakwa besar berbanding tempat pemandu yang dilihat kecil.

“Allahuakhbar...faham Kak Erma artis tapi macam perlukan nasihat untuk fesyen. Maaf just nak bagitahu ikhlas kuruskan lah badan sedikit.

“Badan besar tak comel naik keta jenis ni macam sempit mintak maaf ye teguran ikhlas

“Seksa tengok bila keluar masuk kereta

“Macam tak muat je masuk kete?” komen antara pengikutnya.

Pun begitu, ramai juga tidak bersetuju dengan cara teguran segelintir yang dilihat seperti memalukan Erma.

“Jaga tutur kata. Nak tegur dm (mesej peribadi) je jangan bagi malu orang. Mana adab sebagai orang Islam.

“Tak perlu nak body shaming orang, janji sihat and bahagia itu lebih dari cukup,” komen netizen lain.