,
Terkini

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali

Asyraf Roslan
30/08/2024
00:55 MYT
Dengan kutipan yang sangat memberangsangkan, filem Sheriff: Narko Intergriti mungkin akan kembali menemui peminat filem aksi pada tahun hadapan.

Sheriff 2

Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, filem itu kini dalam perancangan untuk pembikinan dan mungkin akan memulakan rakaman selepas hari raya aidilfitri tahun depan.

"InshaAllah kalau ikut perancangan kita akan memulakan rakaman selepas raya tahun hadapan.

"Syafiq juga sedang sibuk untuk beberapa filem tahun ini jadi selepas selesai baru Syafiq akan memulakan perbincangan serta penulisan skrip dan sebagainya.

"Saya juga akan turun untuk melihat konsep yang nak kita buat dan perlu dirujuk kepada Bukit Aman, perlu lalu proses yang sama seperti filem Sheriff yang pertama," katanya kepada media.

Pada masa sama, Yusof Haslam juga memberitahu bahawa sudah ada dua tiga idea yang ingin dibawakan untuk filem ini namun belum lagi membuat kata putus.
Yusof Haslam ditemui media ketika Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sheriff Narko Intergriti yang diadakan di Ibu Kota pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG Naik & Rezeki Lakonan Bertambah, Amir Nafis Syukur - “Filem Sheriff Banyak Mengubah Hidup Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

ARTIKEL BERKAITAN: PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

Kerjasama bersama

Dalam perkembangan lain, Yusof Haslam yang juga pengarah filem menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri apabila bercakap mengenai kerjasama bersama produksi lain seperti Astro Shaw.
"Ramai yang bertanya kenapa saya sering melakukan kerjasama dengan Astro Shaw sedangkan saya sudah mempunyai nama yang kuat.
"Tapi sebenarnya saya tak pernah menganggap saya kuat, saya cuma berjuang kadang-kadang kita perlu rakan kongsi.
"Untuk kekalkan momentum kita, kita jangan jadi manusia tamak. Saya dah pernah buat sendiri dan jalinkan kerjasama dengan beberapa produksi luar dan dengan perkongsian itulah yang membuahkan hasil," ujarnya.
Pada majlis kesyukuran dan doa selamat tersebut, Datuk Yusof Haslam juga menyampaikan sedikit cendera hati kepada pelakon dan krew yang menjayakan filem Sheriff tersebut.
Untuk rekod, filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof itu berjaya mengutip lebih kurang RM60 juta kurang daripada sebulan tayangan.
Filem itu dibintangi oleh pelakon- pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Azira Syafinaz dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.