Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

Mya Amri
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.

Tayangan di Indonesia 23 Mei

Bagaimanapun tayangan Sheriff ketika di malam Gala filem itu yang berlangsung di Jakarta pada Rabu mendapat sambutan hangat penonton.
Situasi itu dapat dilihat menerusi perkongsian pengarahnya iaitu Syafiq Yusof di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video pendek yang dikongsi Syafiq itu jelas menunjukkan gelagat penonton yang berasa teruja dengan filem berkenaan.

Sheriff ucap terima kasih

Malah pelakon utamanya Sheriff iaitu Zul Ariffin juga turut mengucapkan terima kasih kepada penonton di Indonesia atas sokongan yang diberikan.
“Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa datang ke sini untuk menonton filem Sheriff.

“Harapan saya dan juga team Sheriff, semoga filem ini mendapat tempat di hati anda semua, insyaAllah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

Selain Zul, pelakon lain yang turut hadir ke Jakarta adalah Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan Kodi Rashid.

Joko Anwar bakal tunai hasrat Syafiq

Dalam pada itu, pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar juga menyambut baik hasrat Syafiq untuk melihatnya menonton Sheriff.

“Looks great! Akan cuba layan segera kat cinema Indonesia, Syafiq!” tulisnya menerusi ciapan di platform X

Sebelum ini, Sheriff telah mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Kutipan itu sekaligus membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini kekal mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

BERITA TRENDING: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

BERITA TRENDING: #Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof

Sinopsis: Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.