Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan industri perfileman tempatan selepas menonton Sheriff Narko Integriti malam ini.

Berita Trending: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

PMX tonton filem Sheriff

“Saya telah menonton filem itu (Sheriff) dan saya kagum dengan jalan cerita, dialog dan cara ia diarahkan.

“Walaupun (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) mengambil berat tentang adegan tembak, tetapi ini adalah filem mengenai pasukan polis,” katanya kepada tetamu yang menghadiri tayangan khas filem itu di IOI City Mall di sini, malam ini.

Sementara itu, Anwar turut berkata kerajaan akan sentiasa menyokong industri perfileman tempatan bagi merancakkan lagi pertumbuhannya.

“Jika inilah kualiti filem Melayu kita, saya percaya masa depannya yang cerah dan industri filem Melayu mampu bersaing dengan filem lain di peringkat serantau dan antarabangsa,” tambahnya.

Berita Trending: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

Tayangan khas di Pawagam GSC anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama Skop Production dan Astro Shaw itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Manakala, Skop Productions diwakili oleh Datuk Yusof Haslam dan Astro Shaw diwakili oleh penerbit eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad.

Ia bersempena Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC bagi meningkatkan kesedaran integriti dan usaha membanteras salah laku seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam khususnya golongan penguat kuasa.

Untuk info, filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof ini sudah meraih kutipan RM60.5 juta

Kutipan itu sekaligus membuktikan filem Sheriff ini kekal mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

Berita Trending: Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”

Filem Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed dan Hazama Azmi.

Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Berita Trending: Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari