Hiburan

Kyuhyun Super Junior Nyanyi Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar: “Tersengih Kita, Macam Jatuh Cinta”

gempak
Maliah Surip
14/04/2024
03:53 MYT
Sponsor Banner
Kyuhyun Super Junior Nyanyi Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar: “Tersengih Kita, Macam Jatuh Cinta”
Salah seorang anggota Super Junior, Kyuhyun sedang berada di Malaysia untuk bertemu peminatnya di sini menerusi siri Konsert 2024 ??? ???? ???? ???? <???????>?? ????? ?????? yang berlangsung pada petang 13 April 2024.
Menjadi konsert solo pertamanya di Malaysia, Kyuhyun nampaknya bijak mencuri hati peminat apabila secara spontan mendendangkan lagu ikonik milik penyanyi Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta.
Menerusi sepotong video yang beredar di platform media sosial, Kyuhyun yang tampil ringkas dengan t shirt berwarna putih dan berseluar jeans mengalunkan lagu Bunga-Bunga Cinta dalam versinya tersendiri.
Dendangan penyanyi berusia 36 tahun itu kemudian mendapat sorokan gemuruh dalam kalangan peminat yang membanjiri Mega Star Arena tersebut.
Sementara itu, Misha Omar mengaku terkejut dan teruja selepas melihat potongan video selebriti Korea Selatan tersebut menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta.
“Saya tersengih-sengih, macam jatuh cinta. Kyuhyun membuat lagu ini terdengar lebih romantik,” kata penyanyi berusia 42 tahun itu ringkas kepada Gempak.
Lagu Bunga-Bunga Cinta merupakan single yang diterbitkan 22 tahun lalu menerusi album Misha yang lahir pada tahun 2002.
Karya milik Allahyarham Adnan Abu Hassan tersebut telah mencipta fenomena selepas dipasarkan sekaligus memenangi pelbagai anugerah termasuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-18 pada Anugerah Juara Lagu.

BERITA TRENDING: Kyuhyun Super Junior Cedera Diserang Dengan Pisau

PILIHAN PEMBACA: Hotel Terbakar, Kyuhyun Ditinggalkan Pengurus Ketika Sedang Tidur
BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Anggap Diri Saya Terbaik" - Misha Omar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024