Hiburan

Lagi Kes Curang Didedahkan di Bulan Ramadan... Isteri Dakwa Chef Fikree Curang Dengan Bini Orang Anak 3

gempak
Kamaruddin Razal
28/05/2019
09:59 MYT
Sponsor Banner
Lagi Kes Curang Didedahkan di Bulan Ramadan... Isteri Dakwa Chef Fikree Curang Dengan Bini Orang Anak 3
Ternyata kecurangan tidak mengenal huruf.
Jika sebelum ini tiga selebriti yang mempunyai pangkal nama A dituduh curang, kini selebriti yang namanya bermula dengan huruf F pula terpalit dengan kontroversi.
Isteri kepada cef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mendakwa suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang.
Pendedahan itu dilakukan oleh Zuriehan menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @zuriehanbenyahya.
Zuriehan juga turut mendedahkan Fikree pernah berbalas mesej berunsurkan lucah dengan seorang pengacara televisyen.
"I'm the one yang cari rumah tu untuk pindah... Nak improved life Jayden... Nak Fikree pun balik selesa... Tak malu dah duduk dekat rumah lama yang satu tingkat ni...
"Susah payah deal dengan agent. Pack barang-barang nak pindah... Sorang-sorang pack sebab Fikree kononnya busy..
"Sekarang tengok-tengok... Patutlah tak balik rumah... Dah ada kereta perempuan tu pakai.. Kasut perempuan tu dekat dalam rumah... Kasut Fikree dekat luar..
"I call JAIS... JAIS lambat datang.. Perempuan tu dah keluar pintu belakang. Lepas tu tak habis cakap buruk-buruk about me...
"Even in front of JAIS, masa Fikree bagi JAIS masuk... First thing tanya 'kalau ada perempuan kena la? kalau tak de saya free la?'
"Perempuan tu dah keluar pintu belakang Fikree confident la. Tak bagi saya masuk rumah.. Kunci pintu.. Sebab bukan rumah saya walaupun isteri yang sah.
"Jayden saya dukung pun dia buat bodoh. Patutlah dok Fikree cari salah Syarifah Zuriehan so that you can be dengan bini orang. Tak apalah..
"Ni 10 malam terkhir puasa. Allah tu maha besar. Dulu time pregnant pun gila sexting dgn pengacara TV9.. Dah ada laki juga. Tak mengaku sampailah ada bukti. Kali ni bini orang anak 3. semoga Allah lindung Jayden and me," tulis Zuriehan.
Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Zuriehan menafikan dia telah menghalau Fikree keluar dari rumah.
"Sedih bila dapat message cakap I buat cerita and halau dia keluar rumah sebab tu tak balik... Hakikatnya tiap-tiap kali dengar bunyi gate mesti pegi dekat langsir tengok dia dah balik tak... Anak pun tunggu...
"Tapi sebenarnya kucing or motor laju saja lalu.. Tak sangka tuduh halau keluar rumah.. Sedih sangat. Siap cakap tak bagi pegang Jayden...
"Semalam Jayden nangis... Bukak grill pun tak nak.. Mesej tanya Jayden okay pun dah tak.. Baju raya Jayden pun dah tak heran.. nak cakap baju Jayden colour apa siap angkat tangan suruh diam sebab tak nak dengar.
"Please lah... Janganlah putar-putar.. Kalau Syarifah zuriehan nak bukak aib.. Macam-macam kes and screenshot boleh tunjuk public. Dah buat taik lepas tu tuding jari cakap bini ni yang jahat...
"Aib sendiri tak mau jaga harapkan bini yang pendam dan teraniaya. Nak famous sangatkan... Ambiklah," tulis Zuriehan lagi.
Fikree mula dikenali dengan program masakan Hello Bro Tolong Masak dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Dapur Panas.
Untuk rekod, Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live