Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lagu Diam Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song Or Title Theme (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

Mya Amri
01/10/2024 04:04 MYT
Lagu berjudul Diam yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend, telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.

Syukur hasil kerja diiktiraf perinkat antarabangsa


Lagu ciptaan ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh telah menempatkan diri sebagai pemenang bagi mewakili Malaysia dalam kategori berprestij ini.

Hael ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tersebut akui terkejut apabila diberitahu bahawa lagu itu berjaya memenangi anugerah di peringkat serantau.

“Saya benar-benar tidak menyangka bahawa lagu Diam akan terpilih dan memenangi anugerah ini. Saya sangat bersyukur kerana hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilan lagu ini,” ujarnya.


Lagu Diam merupakan salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael Husaini iaitu ‘Antonim Part I’ dan sehingga kini jumlah tontonan muzik videonya sudah melebih 2.1 juta tontonan di saluran Youtube Hael Husaini.

Asian Academy Creative Awards merupakan platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, filem, dokumentari dan muzik tema.

Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, malah membuktikan kualiti tinggi hasil karya seni tempatan yang mampu bersaing di persada global.

ARTIKEL BERKAITAN:Hael Husaini Beri Sebab Kenapa Perkataan ‘Celaka’ Digunakan Dalam Lirik Lagu Diam


ARTIKEL BERKAITAN:Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat Karier Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Puji Lakonan Hael Husaini Dalam My Famous Ex Boyfriend, Lenyapkan Gelaran 'Pelakon Kayu'

ARTIKEL BERKAITAN:Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!

ARTIKEL BERKAITAN:“Makin Handsome, Jawline Padu” - Ramai Minta Hael Husaini Jangan Potong Rambut, Kekalkan Imej Oppa


Aiman Ameer turut cipta sejarah

Di samping itu, seorang lagi artis naungan Rocketfuel Entertainment, Aiman Ameer, turut mencipta sejarah apabila memenangi anugerah dalam kategori ‘Best Infotainment Programme’ di Asian Academy Creative Awards 2024.

Aiman meraih kemenangan ini melalui program popular Jejak Tular, di mana beliau bertindak sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Haiqal.

Program ini yang mengupas isu-isu tular dalam masyarakat, telah berjaya menarik perhatian juri dengan pendekatan unik serta penyampaian yang dinamik dan segar.

Menurut Aiman, dia berasa bersyukur dan teruja dengan kemenangan itu.

“Saya sangat gembira dan tidak menyangka rezeki berpihak kepada saya serta seluruh pasukan Jejak Tular.

“Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada penonton dan kemenangan ini adalah bukti usaha gigih kami.


Program Jejak Tular yang memfokuskan kepada isu-isu sosial yang menjadi bualan di media sosial, telah berjaya mencipta pengaruh besar dalam kalangan penonton tempatan dan kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pendekatan infotainment yang digunakan menjadikan program ini berinformasi dan menghiburkan, sekali gus mendapat tempat di hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kemenangan dua artis Rocketfuel Entertainment di Asian Academy Creative Awards 2024 ini mencerminkan kejayaan besar dalam melahirkan bakat-bakat berkualiti yang bukan sahaja berjaya di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Rocketfuel Entertainmen akan terus komited dalam pembangunan bakat dan penghasilan karya berkualiti serta berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa akan datang.

#Hael Husaini #Rocketfuel Entertainment #Awards #Menang #Asian Academy Creative Awards 2024 #Best Theme Song or Title Theme
;