Drama popular My Famous Ex Boyfriend sudah memasuki episod ke-16 dan menariknya naskhah itu buat pertama kalinya menyaksikan penyanyi Hael Husaini berlakon.

BERITA TRENDING: Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!

Biarpun baru saja melangkahkan kaki ke persada lakonan, Hael mendapat pujian dan komen positif daripada peminat serta wargamaya.

"Scene betul-betul terkesan. You did very well Hael.

"Sedih betul tengok Haque malam ni. Jadi kesian pula, menjadi ye menangis tu. Tahniah Hael.

"Episod hari ni dan semalam paling hebat lakonan Hael. Amazing," tulis beberapa pengguna di media sosial.

Drama My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar itu menyaksikan Hael memegang watak sebagai Haque Zuhal, merupakan seorang "Superstar".

PILIHAN PEMBACA: Hael Husaini Kini Jadi Pelakon! - "Saya Sanggup Masuk Kelas ..."

Meski pada awalnya watak tersebut menerima kecaman dari netizen dek kerana sikap Haque yang pentingkan populariti diri, sehingga menghancurkan hidup bekas kekasihnya Sameera, lakonan Qasrina Karim.

Rival antara watak Jamie yang dimainkan oleh Nadhir Nasar telah menambahkan lagi ketegangan hubungan cinta tiga segi dalam drama ini.

Kehebatan Hael dalam My Famous Ex Boyfriend membuktikan dirinya bukan pelakon kayu seperti diperkatakan sebelum ini.

Jangan lupa saksikan episod ke 18 My Famous Ex-Boyfriend malam ini.

My famous Ex-Boyfriend telah disiarkan mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend

Mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media.

Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama.

Tanpa diketahuinya, Jamie merupakan seorang duda yang digelar sebagai “Suami Dari Neraka”.