,
Laman Utama

Lagu Kesetiaan Jadi 'OST' Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Amri Hassan
22/06/2021
00:20 MYT
Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM) seperti yang tular baru-baru ini.
Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu menjadi viral di laman sosial dan mendapat lebih 1.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Menariknya, single pertama yang memperkenalkan Sarah dalam industri hiburan, Kesetiaan secara tidak sengaja menjadi 'lagu tema' video terbabit.
Aksi pemuda itu yang cemas kerana pintu ruangan ATM tertutup secara automatik seakan 'mengena' dengan bait lirik lagu Kesetiaan.
"Ya Allah adik. Tak berenti Sarah gelak bila ada orang bagi Sarah video ni. Katanya viral eh? Alahai, lucu ada, cemas ada, kesian pun ada. Sabar ye.
"Maaf Sarah gelak tapi keadaan tu lucu sikit hehe. Lagu Sarah masa time BBNU dulu, 'Kesetiaan' dah jadi mcm lagu tema dah.
"Sarah difahamkan memang pintu ATM akan automatik tutup masa pukul 8 malam waktu lockdown ni.
"Lepas tu video ni kena pula part lirik lagu 'ku hayunkan langkah kaki' tu, sedang elok je ngam ngam masa pintu tu nak tutup automatik turun ke bawah.
"Risau pun ada jugak takut adik tak dapat keluar dari tempat ATM tu, tapi tengok video nombor dua ni, Alhamdulillah adik selamat keluar siap baca-baca komen lagi," tulis Sarah.
Usahawan hijab jenama Loveta itu turut mendoakan agar urusan pemuda viral itu sentiasa dipermudahkan.
"Apa pun Sarah doakan adik sentiasa selamat dan urusan dipermudahkan okey? Untuk semua peminat Sarah juga, Sarah doa semua yang baik-baik waktu lockdown ni.
"Jangan selalu keluar rumah, keluar kalau perlu sahaja okey? Take care semua. Kalau boring, jom shopping dekat @lovetahq still onz tau! Kalau mulut tu tak tahu nak duduk diam nak mengunyah je, cuba usha @unagihq memang confirm sedap teruk!
"Adik dalam video ni, sila mesej Sarah ye. Ada sesuatu hadiah istimewa yang sarah nak bagi," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata turut terhibur melihat aksi pemuda terbabit.
Pengikut Sarah di laman Instagram turut memuji budi baik penyanyi itu yang mahu memberikan hadiah kepada pemuda viral terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.