gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lama Jaga Privasi, Afdlin Shauki Akhirnya Tayang Isteri!

Firdaus
Firdaus
03/04/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Lama Jaga Privasi, Afdlin Shauki Akhirnya Tayang Isteri!
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya terbuka memperkenalkan isterinya, Datin Marcella.

Permintaan Arwah Ayah

Pasangan itu ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama produksi dan pelakon filem Harimau Malaya yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, berkongsi bahawa sebab disebalik perkahwinan itu dirahsiakan adalah kerana terdapat banyak kekangan yang berlaku sebelum mereka diijabkabulkan.
"Antara salah satu sebab kami private sikit sebab ayah saya sakit dan itu adalah permintaan dia sebelum dia meninggal.
"Alhamdulillah kami dapat tunaikan. Dia meninggal tahun lepas bulan April, jadi dia memang minta percepatkan perkahwinan dan kami dapat tunaikan, selepas tu dia terus 'pergi'," kata Marcella.

Ciri Suami Yang Dicari

Bercerita lebih lanjut berkaitan mengapa memilih Afdlin sebagai suami, Marcella, 28, mengakui pengarah filem Harimau Malaya itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang dicari selama ini.
"Saya dulu doa saya nak seseorang yang macam bapa saya. Alhamdulillah, ciri-ciri tu memang ada, bukan dari segi umur, tapi keperibadian dia," ulasnya.
Sekadar info, pada Ogos tahun lalu, Afdlin mengesahkan sudah menamatkan zaman bujang dengan Marcella yang juga merupakan pengurusnya.
Sebelum Marcella, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Christina atau Maria Christina Orow Abdullah berkahwin pada 1997 dan berpisah pada April 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

BERITA TRENDING: Afdlin Shauki Sengaja Bagi Mia Sara Watak Berhijab - "Saya Nak Dia Bertudung”

BERITA TRENDING: “Ada Perancangan Tapi Umur Sudah Tua” - Afdlin Shauki Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Cahaya Mata
Topic Berkaitan
#pelakon
#Kahwin
#Filem
#Pelawak
#Selebriti
#Afdlin Shauki
#Pengarah
#Suami
#Isteri
#Rumah tangga
#Harimau Malaya
#hiburan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement