Laman Utama

“Ada Perancangan Tapi Umur Sudah Tua” - Afdlin Shauki Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Cahaya Mata

gempak
Mya Amri
14/10/2023
11:47 MYT
Sponsor Banner
“Ada Perancangan Tapi Umur Sudah Tua” - Afdlin Shauki Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Cahaya Mata
Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, 52, tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan keduanya pada Ogos lalu.
Namun kata Afdlin, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi memandangkan dirinya sudah berusia.
"Ada perancangan nak timang cahaya mata. Insya-Allah, mencuba tetapi umur saya pun sudah tua," katanya.
Afdlin berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey baru-baru ini.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas kembali bergelar suami, Afdlin bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
"Saya rasa gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum juga kembali terjaga.
"Isteri saya banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni. Kami juga berkongsi minat yang sama malah sangat memahami apa yang saya lakukan.
"Saya sangat menghormati isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia,” ujarnya.
Selain itu Afdlin juga menyatakan hubungan isteri dengan anak-anak juga terjalin baik.
"Dia dengan keluarga saya okey. Anak-anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.
"Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.
"Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.
"Majlis diadakan hanya nak beritahu dan memghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya," jelasnya.
BACA: “Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Terdahulu, Afdlin dan bekas isterinya iaitu Maria Christina Orow Abdullah bercerai pada April tahun lalu.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live