,
Hiburan

"Lama Tak Berlakon Cerita Seram" - Bawa Watak Hantu, Uqasha Senrose Terima Tawaran Kerana...

Kamaruddin Razal
11/10/2019
09:58 MYT
Pelakon cantik Uqasha Senrose mengakui sudah lama tidak berlakon dalam naskah seram.
Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi filem seram Paku Pontianak pada tahun 2013, Uqasha kini tampil dengan telefilem seram berjudul Malam Tahlil Suhaila Balik.
"Filem pertama yang memperkenalkan saya adalah filem seram, Paku Pontianak. Selepas itu, saya jarang menerima tawaran untuk berlakon dalam naskah sebegitu.
"Rasanya, dah lama juga saya tak berlakon cerita seram. Akhirnya, pihak produksi menawarkan saya untuk membintangi naskah Malam Tahlil Suhaila Balik.
"Saya menerima tawaran ini kerana cerita yang ditampilkan sangat menarik. Memandangkan saya juga dah lama tak membintangi karya seram, saya bersetuju," kata Uqasha ketika dihubungi Gempak.
Dedah Uqasha lagi, dia terpaksa melalui proses solekan selama tiga jam.
"Solekan untuk menjelmakan watak hantu agak lama. Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan oleh jurusolek kesan khas.
"Sepanjang waktu itu, saya harus tahan dan 'tadah muka' sepanjang waktu solekan berlangsung. Namun begitu, saya rasakan itu bukan menjadi masalah kerana ia memberikan cabaran baru untuk saya sebagai pelakon.
"Walaupun terpaksa melalui proses solekan yang memakan masa lama, saya sanggup melaluinya asalkan ia memberi impak terhadap lakonan dan penonton yang menontonnya kelak," katanya lagi.
Selain Uqasha, telefilem arahan Rashid Sibir ini dibintangi oleh Hisyam Hamid, Liza Abdullah, Zarynn Min dan Wan Maimunah.
Cerita ini mengisahkan mengenai Qayyum (Hisyam Hamid), seorang suami yang sangat menyayangi isterinya, Suhaila (Uqasha Senrose).
Selepas kematian Suhaila, Qayyum sangat terkesan dengan perkara itu kerana rindukan isterinya.
Namun, ketika malam tahlil terakhir yang diadakan oleh Qayyum di rumah mereka untuk arwah isterinya dirumah, satu kejadian menyeramkan telah berlaku!
Mayat Suhaila telah jatuh dari bumbung di tengah majlis tahlil!
Hal ini mengakibatkan semua tetamu yang hadir terkejut dan melarikan diri.
Kembalinya mayat Suhaila itu kerana terdapat satu sumpahan yang telah dilanggar oleh keluarganya.
Anak bongsu tidak boleh mengahwini orang luar dari kerabat keluarga mereka!
Untuk menamatkan sumpahan itu, si suami perlu mendukung “isteri” di belakang dan menghantarnya kembali ke kubur.
Namun, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar.
Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan!
Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini?
Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?
Jangan lupa saksikannya dalam telefilem slot Citra Exclusive, Malam Tahlil Suhaila Balik pada Sabtu ini, 12 Oktober, 9 malam hanya di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni