,
Hiburan

Lancar Video Muzik Ala Mafia Itali, Nico G Sedia Single Terbaru Berjudul Siaga

Azwa Rahman
20/11/2019
13:39 MYT
Kumpulan hiphop legenda Nico G tampil dengan video muzik terbaru berjudul Siaga.
Siaga yang bermaksud siap sedia adalah lagu ciptaan bersama Nigo G dengan kumpulan Lawalah Familia iaitu Sabbala, KC dan Muariffah.
Menurut Nico G, mereka terpaksa menunda tayangan perdana video muzik Siaga kepada tontonan umum gara-gara single pertama berjudul KGB.
“Langkah tersebut dianggap strategi terbaik bagi mengambil kesempatan di atas sambutan hangat terhadap lagu KGB dan menyimpan karya istimewa Siaga ke satu tarikh yang lebih sesuai,” ujar Nico G menerusi satu kenyataan.
Lagu Siaga merupakan single kedua yang dimuatkan di dalam album Black Edition Vol. 1.
Video muzik Siaga berdurasi lima minit telah diterbitkan secara usahasama antara NICO G Entertainment dan Didz Squad Studio dengan mengetengahkan konsep drama muzikal dengan tema dan suasana ala mafia Itali.
Selain itu, kumpulan yang dianggotai oleh M.D. Nico, Dino G dan Affa G dijadualkan akan melancarkan lagi dua buah lagu pada 14 Disember 2019 di sebuah pesta muzik anjuran mereka iaitu Kuala Lumpur Hip Hop Festival 2019.
Album penuh Black Edition Vol. 1 akan berada di pasaran pada bulan Februari 2020 akan datang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99

gempak
12/08/2024
18:55 MYT
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
Hiburan

Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

gempak
17/07/2024
14:55 MYT
Hampir tiga dekad bertahan di dalam industri muzik tanah air, band rock Spider yang dianggotai oleh Tam (vokalis), Pown (gitar), Eiz (bass) dan Aie (dram) tampil menyatakan bahawa perhubungan antara satu sama lain merupakan faktor utama mereka kekal lama sebagai sebuah kumpulan.
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Laman Utama

Drax Project Rilis Album Kedua Upside!

gempak
21/12/2023
04:59 MYT
Lagu-lagu Drax Project distrim berbilion kali.
Laman Utama

Tak Sangka Ke AJL38, Aisha Retno Lancar Dua Single Serentak & Album Mini A.R - "Masih Tak Percaya, Inilah Nikmat & Rezeki ..."

gempak
19/12/2023
05:30 MYT
Aisha Retro tampil bersama single Cukuplah & Teduh.