Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi dia menerima mesej berbaur kecaman dan kritikan daripada wargamaya setelah lantang memberikan pendapatnya terhadap isu ‘buat bodo-bodo’ yang disuarakan oleh pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad.

Menerusi laman sosial Twitter, Dr Amalina memuat naik foto-foto tangkap layar yang diambil daripada mesej-mesej yang diterima di Instagram untuk tatapan umum.





Menerusi mesej-mesej yang diterima, kebanyakan kecaman tersebut menyatakan Dr. Amalina tidak memahami bahasa kiasan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai penguna Twitter memohon maaf bagi pihak yang mengecam dan memberikan sokongan kepada Dr. Amalina agar tidak mengendahkan kata-kata negatif tersebut.

Dalam pada itu, Prof Muhaya telah tampil memohon maaf secara terbuka susulan video viral Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh yang mencetus kecaman pelbagai pihak baru-baru ini.

BACA: Isu 'Buat Bodoh-Bodoh', Prof Muhaya Mohon Maaf Secara Terbuka

Permohonan maaf itu dibuat menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya pada Khamis.