Laman Utama

Isu 'Buat Bodoh-Bodoh', Prof Muhaya Mohon Maaf Secara Terbuka

gempak
Asraf Aided
10/06/2021
15:06 MYT
Sponsor Banner
Isu 'Buat Bodoh-Bodoh', Prof Muhaya Mohon Maaf Secara Terbuka
Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad tampil memohon maaf secara terbuka susulan video viral Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh yang mencetus kecaman pelbagai pihak baru-baru ini.
BACA: "Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bodoh-Bodoh Sikit" - Prof Muhaya
Permohonan maaf itu dibuat menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Muhaya yang membahasakan dirinya sebagai Bonda dalam kenyataan itu, video tular berdurasi 56 saat tersebut adalah potongan daripada sesi siaran langsung selama 45 minit di media sosial miliknya pada 6 Februari lalu.
"Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk Antara Cinta Dan Cita-Cita.
"Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.
"Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan," jelasnya.
Justeru, Muhaya mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit, termasuk pihak media.
"Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda," katanya.
Terdahulu, sepotong video dari akaun media sosial Prof Muhaya mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Antara individu terkenal yang tidak bersetuju dengan kenyataan dalam video itu termasuklah pakar bedah Dr. Amalina Che Bakri dan penyanyi Dr. Soo Wincci.
BACA: "Mak Tak Didik Saya Jadi 'Bodoh-Bodoh Sikit' Untuk Bertemu Jodoh" - Dr. Amalina Tempelak Kenyataan Prof Muhaya
BACA: "Biarlah Tak Kahwin Pun Jangan Buat Bodoh-Bodoh" - Dr. Soo Wincci
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live