Hiburan

Lapan Tahun Bersama, Lee Hi Akhirnya Pilih Tinggalkan YG Entertainment

gempak
Mya Amri
31/12/2019
15:00 MYT
Sponsor Banner
Lapan Tahun Bersama, Lee Hi Akhirnya Pilih Tinggalkan YG Entertainment
Penyanyi, Lee Hi akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, YG Entertainment.
Berita itu juga turut disahkan oleh YG Entertainment menerusi kenyataan satu kenyataan rasmi.
“Kontrak Lee Hi bakal tamat tidak lama lagi dan selepas melakukan perbincangan bersama, kami mengambil keputusan untuk melepaskannya.
“Lee Hi merupakan bintang program K-Pop Star musim pertama iaitu pada tahun 2011 dan telah menandatangi kontrak bersama YG Entertainment sejak 2012.
“Kami berterima kasih kepada Lee Hi dan akan sentiasa menyokong kerjaya muziknya walaupun dia tidak lagi bersama kami. Terima kasih untuk lapan tahun ini.
“Jangan putus asa memberikan sokongan anda semua kepada Lee Hi untuk perjalanan baru dalam kerjayanya,” jelas wakil agensi berkenaan.
Dalam perkembangan baru, Lee Hi baru sahaja menyambut ulang tahun ketujuh dalam industri hiburan baru-baru ini.
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024