HIBURAN
Didakwa ‘Buat’ Hidung Nak Nampak Mancung, Scha Elinnea ‘No Komen’ - “Saya Ke Klinik Kerana…”
Pelakon, Scha Elinnea menafikan dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik bagi memancungkan bahagian hidungnya.
No komen fasal hidung
Sebaliknya Scha menjelaskan tujuan dirinya ke klinik tersebut adalah bagi menjalani rawatan Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU).“Saya buat pun untuk hilangkan lemak-lemak. Banyak kali juga buat (prosedur) kerana ia menggunakan mesin,” ujarnya.“‘No comment’ sebab saya tak tahu apa-apa mengenai video itu. “Saya ke klinik tersebut kerana buat HIFU, rawatan untuk bentukkan rahang saya dan itu bukanlah satu pembedahan.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pandangan masing-masing
Ketika ditanya pendapatnya mengenai jalan pintas untuk kelihatan cantik, Scha bagaimanapun berkata setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan dia enggan memberikan sebarang komen.“Lain orang, lain pemikiran. Tapi lakukan saja cara yang boleh buat kamu bertambah yakin dan merasa senang dengan diri sendiri,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Scha Elinnea Lebih Jaga Privasi Soal Cinta, Hanya ‘Date To Marry’ - “Sekarang Banyak ‘Penyondol’, Saya Risau”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Merupakan Pencapaian Terbesar Saya” - Scha Elinnea Syukur Tercalon GMWA24, Ucap Terima Kasih Kepada Peminat
ARTIKEL BERKAITAN:Scha Elinnea Tak Pernah Dibela ‘Sugar Daddy’, Kehidupan Mewah Atas Kerja Keras - “Saya Pun Tiada Apa Sangat Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN:Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”
ARTIKEL BERKAIITAN:"Takkan Nak Pakai Duit Haram Pula" - Scha Elinnea Tak Dibela Siapa-Siapa, Beli Kereta Mewah Guna Duit Simpanan Dari Umur 15 Tahun!
Terdahulu, pada Jun tahun lalu, Scha mengaku membuat perubahan pada bahagian muka bagi memiliki wajah yang sempurna.Kata Scha, perubahan tersebut dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.
Must-Watch Video