Laman Utama
Laporan Ebit Lew: PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir Al-Nuri – “Chat Tidak Dibalas…”
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
"Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.
"Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.
"Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.
"Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin," katanya.
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi
Must-Watch Video