Laman Utama
Lara Alana Dah Dapat Adik! Scha Alyahya Selamat Bersalin
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Scha memaklumkan dia dan bayi berada dalam keadaan baik.
“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
“Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini,” katanya.
Isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu mengumumkan khabar berita gembir itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Pun begitu Scha meminta maaf kerana buat masa ini mereka tidak dapat menerima kunjungan dari mana-mana pelawat kerana prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi.
“Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
“Stay safe, and welcome to the world Baby L,” kongsinya.
Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Must-Watch Video