gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
ERA Lancar Kelas Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia
HIBURAN
Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan
DRAMA
Ramai Masih Geram dengan Tajul! Watch Party ‘Dia Bukan Syurga’ Meriah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Larangan Jual Arak Di Kedai Runcit, Serbaneka & Kedai Ubat Cina Bermula 1 November, Hanya Bir Dibenarkan Dengan Syarat…

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
02/11/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Larangan Jual Arak Di Kedai Runcit, Serbaneka & Kedai Ubat Cina Bermula 1 November, Hanya Bir Dibenarkan Dengan Syarat…
Tidak boleh menjual arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina berkuatkuasa mulai 1 November 2021.
Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja, sebagaimana terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).
Antaranya, penyediaan ruang jualan atau pameran khas bagi bir yang diasingkan daripada minuman lain, mengunci ruang jualan selepas tamat waktu operasi penjualan bir, manakala had umur pembeli mesti 21 tahun ke atas.
DBKL dalam sebuah kenyataan berkata, penguatkuasaan Garis Panduan Ke Atas Larangan Penjualan Minuman Keras sepatutnya dimulakan pada 1 Oktober lalu, namun ditangguhkan selama sebulan.
Katanya, sepanjang tempoh penangguhan itu, DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti persatuan pengilang, pembotol dan peruncit, majlis perwakilan penduduk serta Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kesemua pihak berkaitan telah menyuarakan pandangan serta keprihatinan masing-masing terhadap perkara ini.
"Selepas mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, DBKL mengambil pendekatan memperkemas dan memperhalusi Garis Panduan sedia ada.
"Garis Panduan dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras (Liquor Yang Memabukkan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baharu ini berkuat kuasa mulai 1 November 2021 dan ia mesti dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#DBKL
#Larangan Jual Arak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement