,
Hiburan

Latiff Borgiba Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

Fiza Kamarudin
14/12/2017
09:23 MYT
Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya di sini.
Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun. Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.
"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.
Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.
Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.
Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Hiburan

Pemain Watak Tarzan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

gempak
24/10/2024
15:10 MYT
Pemain watak Tarzan yang cukup terkenal menerusi siri ditayang di NBC pada tahun 1960-an, Ron Ely dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Hiburan

Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”

gempak
24/10/2024
09:55 MYT
Bagi Ikmal meskipun berdepan dengan dugaan dia lebih suka menyelesaikan masalahnya bersama isteri tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Dun Dukun