Berita

"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

gempak
Gempak
26/10/2024
18:50 MYT
Sponsor Banner
"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera oleh ibu dan bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Selangor.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor telah turun melakukan siasatan semalam dan dibawa ke hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan berkenaan kes ini.
“Selesai pemeriksaan oleh pihak hospital, JKM akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini berdasarkan Seksyen 25 (2)(b), Akta Kanak-kanak 2001.
“KPWKM serius mengambil tindakan segera bagi kes-kes yang berlaku dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, kementerian juga akan terus komited meningkatkan kesedaran melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.
Ini termasuk memastikan tindakan tegas di ambil kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan dan salah laku kepada kanak-kanak.
“KPWKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan supaya menghubungi pihak Polis atau Talian Kasih KPWKM di talian bebas tol 15999 atau pesanan WhatsApp di nombor 019-2615999.
“Orang ramai juga boleh terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya.
Baru-baru ini tular di aplikasi Instagram berhubung hantaran yang dimuat naik seorang pemilik akaun dikenali sebagai Iesya Toh yang memohon agar orang ramai membantu kanak-kanak berkenaan didakwa didera oleh ibu bapanya.
“Mohon orang ramai bantu anak kecil ini, jiran dah tak sanggup dengar anak dipukul hari-hari sampai lebam mata,” kata hantaran itu.

BERITA TRENDING: Peningkatan Kes Bunuh Diri di Malaysia: Satu Dalam Lapan Remaja Berisiko Bunuh Diri

BERITA TRENDING: “Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara

BERITA TRENDING: Kemalangan Maut: Empat Sekeluarga Dikebumi Dalam Dua Liang Lahad

BERITA TRENDING: “Asalkan Saya Cari Rezeki Halal” - Fattah Amin Tak Kisah Digelar Tauke Kambing

Sumber: KOSMO!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024