Filem Mulut Masin terus mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan penonton sejak mula ditayangkan seminggu yang lalu.

Bahkan, ramai yang menyifatkan karya arahan Razaisyam Rashid itu benar-benar menyuntik elemen komedi sehingga membuatkan mereka yang menonton tidak kering gusi.

"Saya dah tengok best..lawak gelak sampai sakit perut.

"Comel betul gelagat korang ni.

"Lucu juga Jay Mulut Masin ni.

"Saya dah tengok, Best!! Geli hati seluar Boyot kena tarik," komen sebahagian netizen yang sudah menonton filem terbitan Astro Shaw ini.





Bahkan, disebabkan jalan ceritanya yang menarik juga, membuatkan penonton berulang kali menyaksikan filem yang mengangkat pelakon kanak-kanak sebagai teraju utama ini.

BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

Filem yang mula menemui penonton sejak 19 November itu menampilkan pelakon Jay Nazif, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh dan ramai lagi.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.