Sejak ditayangkan Khamis lalu, Keluarga Iskandar The Movie (KITM) telah mendapat pujian ramai khususnya peminat filem.

Biarpun ada yang tidak mengikuti ‘perjalanan’ keluarga ini daripada drama siri, namun kebanyakan mereka tidak menafikan yang KITM antara filem wajib ditonton ketika ini.

Tinjauan Gempak di media sosial juga mendapat ramai yang telah memberi respon yang cukup positif.

Antaranya adalah pengguna Facebook dikenali sebagai Bazar Selebriti Saloma.

Menurut pengguna tersebut, dia menyukai KITM kerana skrip yang digunakan tidak kaku dan pelik.

“Santai skripnya bukan ayat skema pelik.

“Memang macam kita bercakap hari-hari. Lakonan pelakon sangat bersahaja tapi hidup.

“Congrats to team #keluargaiskandar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai rizal pula menyifatkan pemilihan pelakon undangan sangat mengagumkan.

“Pelakon asal pun dah ramai, dalam filem pengarah add on lagi pelakon undangan.

“Meriah betul buat hal lah,” katanya.

Bagi anda yang belum menonton KITM, kenalah tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.