Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

Gempak
23/07/2024 14:15 MYT
Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).

Lebih 1,000 Kawasan Terjejas

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu membabitkan LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

"Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada pengguna...

Menurut kenyataan itu, tujuh wilayah yang mengalami gangguan bekalan air adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada pengguna. Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa," kata agensi itu menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

BERITA TRENDING:Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

BERITA TRENDING:Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

BERITA TRENDING: Remaja OKU Lahirkan Anak Bapa


Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor untuk senarai kawasan yang terjejas akibat henti tugas empat LRA berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

#Berita #Air #Gangguan #Lembah Klang
;