Hiburan
Lebih 300,000 Rakyat Malaysia Bankrup, Berpunca Daripada Pinjaman...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong mengumumkan sebanyak 300,908 Rakyat Malaysia dilaporkan bankrap sehingga tempoh Ogos tahun ini.
Menurut menteri tersebut, golongan paling banyak diisytihar bankrap adalah mereka yag berumur sekitar 35 tahun hingga 45 tahun.
Kedudukan itu diikuti dengan golongan muda yang berumur 25 hingga 34 tahun dengan kadar peratus 25.3 peratus.
Selain itu bagi kategori bangsa pula, majoriti yang bankrap adalah dari golongan bumiputera dengan 56 peratus diikuti kaum Cina sebanyak 26 peratus.
Berdasarkan infografik dikeluarkan juga, majoriti individu bankrap disebabkan pinjaman kenderaan iaitu 36 peratus diikuti pinjaman perumahan 26 peratus, pinjaman peribadi 24 peratus dan pinjaman perniagaan 14 peratus.
Difahamkan, seseorang bakal diisytiharkan muflis sekiranya gagal melunaskan hutang melebihi RM50,000.
Selain itu, individu tersebut juga tidak boleh ke luar negara serta hanya akan mendapat pelepasan selepas 3 tahun.
Sumber: The Star
Must-Watch Video