Hiburan

"Lebih Berhati-Hati & Janji Tidak Akan Berulang" - Normah Damanhuri Mohon Maaf Berikutan Kontroversi Penari Seksi

Zulaikha Yusof
08/04/2019
23:34 MYT
Pelakon veteren Normah Damanhuri tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagram (IG) miliknya berhubung perkahwinan anaknya, Ahya Rosli yang mengundang penari seksi.
Menurut Normah dia tidak menyangka penari itu mengenakan pakaian agak keterlaluan sehingga mendapat kritikan daripada netizen.
"Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya, Ahya dan pasangannya.
"Untuk pengetahuan semua, persembahan 'paperdoll' itu sepatutnya merupakan tarian tradisional, hanya 'miming', jenaka dan gurau-gurau santai dengan tetamu, ala-ala Bollywood. Tapi tak sangka pakaian penari keterlaluan untuk majlis perkahwinan," katanya.
Tambah pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu akan lebih berhati-hati malah berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.
"Lagi sekali saya bagi pihak seluruh keluarga memohon maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya berjanji ia tak akan berulang lagi. Maafkan saya," katanya lagi.
Terdahulu, Ahya mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Shahirah Philip pada 29 Mac.
Namun begitu, majlis perkahwinan Ahya menjadi bualan hangat netizen apabila tular sebuah rakaman video seorang lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel menari aksi lucah ketika membuat persembahan pada acara makan beradab.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.