Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini
Gempak
16/06/2024 23:55 MYT
16/06/2024 23:55 MYT
Pada hari ini, semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidiladha, jangan sesekali melanggar batas syariat yang ditetapkan.
Malah, kita disunatkan melakukan beberapa perkara sewaktu pagi Aidiladha itu sendiri.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran ALLAH.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).” (Riwayat al-Tabarani).
Pada Hari Raya Aidiladha disunatkan bertakbir (takbir muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijah.
Jom lakukan amalan yang boleh buat raya Aidiladha korang lebih bermakna & korang pun lebih semangat nak sambut.
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi hari.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makanan dan minum selepas pulang dari masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Solat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
Sumber - Sinar Harian