Berita
Lee Chong Wei Nafi Pemilik Bersama Restoran Raj's Banana Leaf
Heboh di media sosial apabila jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dilaporkan adalah pemilik bersama restoran Raj Banana Leaf di Bangsar yang ditutup kerana isu kebersihan.
Menurut laporan The Star, Lee Chong Wei menafikan perkara itu dan memaklumkan bahawa berita yang tular di media sosial itu adalah tidak benar.
"Tidak, tidak. Bukan saya ," katanya.
Walau bagaimanapun, menerusi pencarian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan Chong Wei sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran, InterCompass Sdn Bhd.
Restoran itu mengejutkan ribuan pengguna media sosial selepas klip video 30 saat menunjukkan tiga pekerjanya yang duduk di belakang restoran, menggosok dan membasuh pinggan dengan lopak air yang ada di dalam sebuah lubang di sebelah longkang.
Akibat daripada itu, restoran Raj's Banana Leaf di Bangsar diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak semalam.
Sumber: The Star/ mStar Online
Must-Watch Video